Tuesday 22 February 2011

Cintaku, Ceritaku

Hidup ini penuh cinta, penuh cerita. Kadang-kadang ceritanya umpama menonton drama di kaca televisyen. Kadang-kadang umpama menonton difilem dilayar perak. Itu kata orang tua-tua. Kalau anak remaja sekarang umpama menyelusuri internet atau melayan teman-teman di laman sosial.
" Ish..... berfalsafah pulak aku hari nie", getus Fariha dalam hati. Entah kenapa hatinya amat cepat tersentuh sejak akhir-akhir ini. Pantang ada yang tak kena, habis teman disekeliling terasa tempiasnya.
" Engkau nie kenapa Eiha? Asyik nak melenting je aku tengok semenjak dua menjak nie? ", tegur Ain petang tadi. Lantas dia menoleh melihat Ain yang masih kaku tegak berdiri selepas dia menjerit memarahi Salim yang secara tidak sengaja mengusiknya di bilik kuliah tadi. Lantas Fariha mengangkat kaki meninggalkan teman-temannya yang masih termangu-mangu.
Nyenyak tidur Ain yang sudah lena diulit mimpi agaknya. Fariha masih merenung laptopnya yang terpasang dari tadi. Niat dihati nak mulakan tugasan dari Puan Fatimah, tapi otaknya masih tidak mampu untuk memproses tugasan tersebut.
Bukak facebook la kejap! Bisik hatinya. Tangannya pantas menekan icon 1 friend di laman facebooknya. Matanya tertancap pada sebaris nama. Iqmal Zayani! Sudah lama dia tidak menyebut nama itu. Benarkah nama ini yang biasa aku sebut lima tahun lalu? Hati kecil berbisik halus. hatinya bergedup kencang. Tangannya yang masih kaku menggenggam kemas mouse. Hatinya masih berbelah bagi untuk langkah yang seterusnya. Accept or Ignore?.....

2 comments:

  1. SALAM MUHIBBAH

    teruskan dengan karya2 anda...semoga berjaya

    ReplyDelete
  2. Citarasa rinduan : Thanks.... x der apa2 pun, just nak asah balik bakat yang dah lama terkubur dek kesibukan tugas.... anyway thanks sbb jadi my 1st follower.

    ReplyDelete