Monday 28 February 2011

Sambungan 3

"Fariha, apa pendapat kamu tentang subjek human behaviour nie? ", soal Rohaidi.
" Hmm.... satu subjek yang menarik untuk dipelajari. Saya berminat nak belajar subjek nie sebab dengan ilmu nie saya boleh mengkaji dan mengenali seseorang dengan lebih mudah. Pendek kata senang nak mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan seseorang ", jawab Fariha tegas.
" Good, nice answer! ', puji Rohaidi.
" Human behaviour lebih menjurus kepada perwatakan seseorang seperti bahasa tubuh, bahasa wajah dan eye contact ", sambung Rohaidi lagi.
" En.Eddy, apa maksud bahasa tubuh tue?", tercetus satu soalan.
" Ok, bahasa tubuh nie lebih kepada perlakuan yang ditonjolkan oleh tubuh badan kita. Melalui cara kita duduk, cara kita berkomunikasi, cara kita berjalan dan banyak lagi. Sebagai contoh awak tengok cik Fariha kita tue. Sekarang nie bahasa tubuh dia menyatakan yang bahawa dia kurang selesa berada di dalam kelas nie sekarang, tak begitu Fariha?", duga Rohaidi.
" Ha?! Mana ada?", tangkis Fariha sambil membetulkan posisi duduknya.
" Waaa.......!!", sorak pelajar lain. Kurang hasam! Bentak Fariha dalam hati.
" Ok, ok! Sabar, saya hanya menduga. Mungkin saya silap menilai. Nampaknya saya kena lebih mengenali Fariha lepas nie ", usik Rohaidi lagi. Sekali lagi kenyataannya disambut dengan sorakan pelajar lain. Semakin galak pelajar-pelajar lain mengusiknya. Ain hanya tersengih melihat telatah Fariha yang tak senang duduk. Perlahan-lahan tangannya mencubit lengan Fariha.
"Apasal kau nie? ", marah Fariha.
" Hai. En.Eddy kita nie saja nak usik kau nampaknya ", bisik Ain.
" Tue bukan usik, tapi nak menyakitkan hati namanya!", bentak Fariha separuh berbisik.
"Alah, dia sengaja nak tarik perhatian kau tue ", tambah Ain lagi.
" Ye, Ain, Fariha, ada apa-apa soalan?", terkedu Ain dan Fariha yang sedang rancak berbual.
" Aaa...aaa... tak de apa-apa En.Eddy!", ringan mulut Ain menjawab. Fariha menundukkan muka menahan malu. Lantas dia menyiku Ain tanda menyuruh Ain diam. Kelas tutorial hari ini benar-benar membuat Fariha tak senang duduk. Ada saja perkara yang nak dikaitkan dengannya. Fariha sedar Rohaidi sengaja mengusiknya. Cuma dia hairan kenapa dia yang menjadi mangsa. Akhirnya kelas tamat setelah 11/2 jam menahan sabar dengan telatah Rohaidi. Belum sempat dia melangkah keluar, terdengar suara Rohaidi memanggilnya.
" Aku tunggu kau kat luar ok ", bisik Ain sambil menarik tangan Salim berlalu. Belum sempat Fariha menahan Ain, mereka sudang menghilang disebalik pintu. Setelah semua pelajar keluar, perlahan-lahan Rohaidi menghampirinya.
" Saya nak mintak maaf sebab usik awak dalam kelas hari nie. Saya tak berniat nak malukan awak, tapi saya suka tengok wajah awak bila marah tue ", ucap Rohaidi jujur.
" Takpelah, saya kan nak cari ilmu. Nak ke tak nak, terpaksa la saya tahan. Saya anggap tue sebagai dugaan untuk belajar ", jawab Fariha sinis.
" Ok, ok,....saya minta maaf. Boleh tak kita jangan bertikam lidah? Saya nak berkawan dengan awak boleh tak?", pinta Rohaidi tanda mengalah.
" Nantilah saya fikirkan ", jawab Fariha lagi.
" Anyway, saya ada sesuatu untuk awak ", kata Rohaidi sambil menghulurkan sepucuk sampul. Sampul berganti tangan. Rohaidi terus mengatur langkah mendahului Fariha untuk keluar dari kelas.
" Assalamualaikum En. Eddy!", tegur Ain sebaik Rohaidi melintasi mereka di luar kelas. Rohaidi sekadar melemparkan senyuman sebagai membalas salam yang diberi.
" Ada apa En.Eddy panggil kau?", soal Ain bila Fariha mendekati mereka.
"Tak ada apa-apa ", jawab Fariha berahsia.
" Takkan tak ada apa-apa kot ",duga Ain lagi.
" Saja! Nak mintak maaf pasal usik aku dalam kelas tadi. Tue aje ", jawab Fariha lagi.
" Tue je?", soal Ain tidak berpuas hati.
" Tue je", sahut Fariha lagi sambil melangkah laju menuju ke asrama. Ain dan Salim mengejar langkah Fariha . Mereka berbual-bual sepanjang perjalanan pulang ke asrama.

____________________________________________________________________

Fariha mengeluarkan laptopnya dari dalam beg. Tiba-tiba meluncur keluar sampul yang diberikan oleh Rohaidi dua hari yang lepas. Fariha langsung tidak mengingati tentang sampul surat tersebut. Fariha menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka sampul surat tersebut. Perlahan-lahan tangannya megoyakkan sampul surat dan menarik keluar sekeping kertas di dalamnya.

                  Fariha,
                          
                            Pertama sekali Eddy berharap agar surat ini tidak mengganggu ketenangan awak buat masa ini. Eddy ingin memohon maaf di atas kejadian tempohari yang sebenarnya pada Eddy amat-amat Eddy kenang dan ingat kerana itulah saatnya di mana Eddy tertawan dengan renungan mata awak.

                          Sungguh Eddy akui, hati Eddy tak pernah tenang bila terkenangkan awak. Tapi sayangnya perasaan Eddy tak dapat Eddy luahkan kerana Eddy nampak awak seperti menolak Eddy jauh dari dunia awak setiap kali Eddy ingin mendekati. Eddy betul-betul ingin mengenali awak seandainya di beri peluang. Bilakah peluang itu akan Eddy tunggu kerana semuanya bergantung pada awak.

                        Terima kasih kerana sudi membaca surat Eddy ini. Hope we can try to built a relation ok.

                                                                                                           
                                                                                                       -Eddy-


Pantas tangan fariha melipat kembali surat tersebut. Betul ke apa yang aku baca nie? Bisik hati kecilnya. Fariha tidak sanggup melalui keperitan dikecewakan sekali lagi. Cukuplah apa yang telah dilalui dulu, dia tidak sanggup untuk mnegorbankan masa depannya lagi demi sesuatu yang belum pasti. Tangannya pantas menghidupkan laptopnya. Dia membuka laman sosialnya untuk mengikuti perkembangan teman-teman yang dikejauhan. Icon 1 message tertera pada laman sosialnya. Fariha menekan butang untuk membuka mesej tersebut.

                 Hai, harap Fariha sentiasa sihat. Masih ingatkan Iqmal? Terima kasih sebab terima request friend dari Iqmal. I hope to hear from you soon.


Adoi, nie lagi sorang! Getus Fariha dalam hati. Fariha betul-betul menyesal dengan tindakannya tempohari. Kalau dia tahu ini lah akibatnya, pasti dia tidak akan bertindak begitu. Sekarang masalah baru pasti akan melanda kerana Fariha masak benar dengan perangai Iqmal. Bila Iqmal berkehendakkan sesuatu, pasti Iqmal akan berusaha sehingga berjaya tidak kira apa jua caranya.

"Please Eiha, boleh lah. Jangan tolak pelawaan Iqmal boleh tak?", rayu Iqmal. Sudah beberapa hari Iqmal memujuk Fariha untuk keluar makan bersama tetapi Fariha menolak dengan alasan peperiksaan semakin hampir. Fariha tidak mahu Iqmal membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah sebegitu. Lebih baik Iqmal mengulagkaji pelajaran dari mengajaknya keluar makan. Sudah berkeping-keping nota yang diterima dari Iqmal bekenaan perkara tersebut dan berkali-kali juga Fariha membalas dengan jawapan yang sama. Akhirnya hari ini Fariha tidak dapat mengelak lagi apabila Iqmal menunggunya dihadapan pintu kelasnya sewaktu bermula sesi prep malam.
" Kan Fariha dah cakap kat dalam note yang Fariha bagi tue. Apalagi yang Iqmal tak faham?", soal Fariha rimas.
" Kita tak pernah lagi keluar bersama macam orang lain. Iqmal cemburu tengok orang lain keluar berdua-duaan, tapi kita hanya sekadar bertukar nota dan berbalas senyuman. Kenapa orang lain boleh buat tapi kita tak boleh?", soal Iqmal tegas.
" Dulu kan Fariha pernah cakap, Fariha tak sama macam orang lain. Fariha tak suka membuang masa macam tue. Lagipun tak ada apa yang kita dapat bila keluar macam tue ", jawab Fariha tegas.
" Iqmal tahu, tapi Iqmal cuma nak kita luangkan masa bersama. Salah ke?", soal Iqmal lagi.
" Iqmal, Iqmal kan nak periksa tahun nie. Exam pun dah tak lama. Lebih baik Iqmal tumpukan pada ulangkaji", pujuk Fariha lagi.
" Sebab Iqmal nak exam tahun nie lah, Iqmal nak sangat bawa Fariha keluar ngan Iqmal. Sebab lepas nie Iqmal akan keluar dari sekolah nie dan dah tak boleh nak tengok Fariha hari-hari lagi. Jadi sebelum Iqmal keluar, Iqmal nak sangat ada kenangan indah dengan Fariha, ok?", desak Iqmal lagi.
" No! I say no!", Tegas Fariha.
" Ok, selagi Fariha tak setuju selagi tu lah Iqmal tak akan masuk kelas ", ugut Iqmal.
" Jangan lah macam nie", pujuk Fariha. Fariha malu kerana banyak mata-mata yang sedang memerhatikan gelagat mereka dari tadi. Pelajar kelasnya semua dari tadi asyik memerhatikan pertelingkahan mereka.
" Iqmal balik kelas dulu, nanti Fariha bagi jawapan ok", Fariha cuba mengalah.
" No, Iqmal nak jawapan sekarang!", Tegas Iqmal.
" Ok, ok! Fariha ikut Iqmal. But with one condition!", kata Fariha.
" Betul nie? Sepuluh syarat pun Iqmal sanggup, apadia?", jawab Iqmal kegembiraan. Akhirnya dia berjaya memujuk Fariha.
" Just outing ok, no overnight at your family place ok?", kata Fariha.
" Ok, esok pukul 10.00 Fariha tunggu Iqmal dekat pondok jaga ok, sayang?", jawab Iqmal sambil berlalu. Fariha hanya menggelengkan kepalanya dengan telatah Iqmal. Fariha tahu perangai Iqmal sememangnya begitu. Lebih-lebih lagi Iqmal adalah anak tunggal dalam keluarganya. Keluarganya boleh dikatakan berada tetapi Iqmal tidak kekok bergaul dengan teman-teman dari kelas pertengahan. Itu salah satu perangai Iqmal yang cukup disenangi Fariha.

Jam ditangan melewati  angka 10.00, namun kelibat Iqmal masih tidak kelihatan. Tiba-tiba sebuah kereta Honda berhenti dihadapannya. Apabila pintu kereta terbuka, kelihatan Iqmal keluar dari kereta sambil tersenyum.
" Dah lama tunggu?", soal Iqmal sebaik menghampirinya.
"Iqmal pegi mana? Lama Fariha tunggu tau !", bentak Fariha keras.
" Sorry,ada hal tadi sikit. Mari Iqmal nak kenalkan pada seseorang", Iqmal menarik tangan Fariha supaya mengekorinya. Iqmal menuju ke arah seorang lelaki yang sebaya abahnya pada pandangan matanya. Lelaki tersebut mengukirkan senyuman ketika melihat Fariha.
" This is my daddy. Daddy, this is my Fariha ", kata Iqmal. Tercengang seketika Fariha apabila Iqmal menyatakan lelaki tersebut adalah ayahnya. Fariha lantas menyalami lelaki tersebut.
" Uncle, saya Fariha. Nice to meet you ", ucap Fariha walaupun sebenarnya di dalam hatinya sudah berapi-api memarahi Iqmal. Iqmal hanya tersengih kerana dia tahu pada masa ini Fariha pasti sedang menahan marah padanya. Biarlah Fariha nak marah, yang penting aku nak family aku kenal dengan orang yang aku sayang! Bisik Iqmal di dalam hati.
" Jom!", Iqmal membukakan pintu kereta untuk Fariha.
" Jom nak ke mana?", soal Fariha kebingungan namun dia tetap menuruti arahan Iqmal apabila Iqmal mendorong badannya untuk masuk ke kereta.
" Fariha okey?", tegur Encik Othman sebaik keretanya mula bergerak.
" Ha.. aaa.. okey", jawab Fariha gugup.
" Fariha jangan risau. Iqmal nie memang macam nie. Pada uncle pun dia tak bagitahu. Tup-tup pagi tadi dia telefon suruh uncle jemput dia di sekolah ada hal katanya. Pada untie dia pesan suruh masak makan tengahari ada tetamu special katanya", jelas Encik Othman tanpa dipinta.
" Hmmm...... saya pun dah tahu perangai Iqmal nie uncle, marah pun tak guna ", sahut Fariha geram.
" Jangan lah marah sayang. Saja nak buat surprise untuk Fariha", sahut Iqmal mengusik. Merona merah wajah Fariha bila Iqmal memanggilnya sayang di hadapan daddynya. Iqmal ketawa mengekek-ngekek. Encik Othman hanya menggelengkan kepalanya dengan telatah Iqmal. Encik Othman hanya memerhatikan wajah Fariha melalui cermin pandang belakang. Sesungguhnya wajah Fariha penuh ketenangan. Memang ada tarikan untuk mengenali apabila memerhatikan wajah itu. Manis dan berseri wajahnya.
" Okey, here we are!", kata Iqmal kegembiraan apabila kereta memasuki ruang tempat letak kereta di rumahnya.
" Fariha okey?", soal Iqmal apabila dia lihat wajah Fariha teragak-agak untuk turun dari kereta.
" Kalau tak okey. Iqmal nak hantar Fariha balik ke?", marah Fariha separuh berbisik. Bimbang didengari oleh Encik Othman. Encik Othman hanya mengukir senyum.
" Fariha jangan risau, auntie sporting. Yang penting bagi dia, dia kenal kawan Iqmal. Lagipun Fariha gadis pertama yang Iqmal bawa balik ke rumah tau ", kata Encik Othman untuk menenangkan Fariha.
" Ohhh..... ini lah dia tetamu special Iqmal tu ye? Apa khabar, Fariha kan?", soal Puan Salina sambil memeluk tubuh Fariha. Fariha sungguh terkejut dengan sambutan tersebut. Sungguh lemah lembut ibu Iqmal. Tak hairanlah kalau Iqmal cukup pandai memujuknya tiap kali dia merajuk. Mesti dapat baka dari ibunya. Bisik hati Fariha.
" Terima kasih auntie. Auntie sihat?", soal Fariha berbahasa.
" Sihat sayang. Jom masuk", ajak Puan Salina sambil memimpin tangan Fariha ke dalam rumah. Iqmal hanya tersenyum melihat telatah mummynya.
" Iqmal nie memang macam nie. Kelam kabut auntie dibuatnya. Suka buat planning last minute", bebel Puan Salina sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.
" Maafkan saya auntie sebab menyusahkan auntie. Kesian auntie kena masak untuk saya. Sepatutnya saya tolong auntie masak, bukannya datang makan je ", sahut Fariha serba salah.
" Hei.... no....no..no! Auntie tak kisah pun, cuma auntie geram dengan Iqmal nie. Suka buat kerja last minute. Rumah nie pun dah lama sunyi sejak-sejak Iqmal masuk asrama. Sekali-sekala ada tetamu datang seronok juga ye tak, bang?", kata Puan Salina.
" Betul tu, Iqmal nie dah terbiasa macam tu. Harap-harap bila dah kawan dengan Fariha ni ada lah yang berubah ye?", usik Encik othman.
" Daddy....", marah Iqmal. " Sebenarnya dah lama Iqmal rancang tapi Fariha asyik menolak. Dah kena ugut semalam baru nak setuju, sebab tue last minute bagitahu mummy ", tambah Iqmal lagi membela diri.
" Eh, Fariha pulak! Iqmal yang tak cakap betul-betul sapa suruh?", rajuk Fariha.
" Okey, cukup-cukup! Dah cepat makan, nanti sejuk pulak nasi dan lauk nie ", celah Puan Salina.
Mereka terus berbual-bual sambil makan. Selesai makan tengahari, Fariha membantu Puan Salina mengemas dan mencuci pinggan mangkuk. Walaupun dihalang Fariha berkeras membantu dengan alasan giliran dia pula membuat kerja kerana tidak sempat membantu Puan Salina memasak. Puan Salina tersenyum melihat telatah dan kelincahan Fariha melakukan kerja-kerja dapur.
" Dah lah tu, Fariha pergi rehat okey. Temankan Iqmal kat depan. Auntie nak jengok uncle sekejap", suruh Puan Salina dan berlalu ke biliknya. Fariha melangkah menghampiri Iqmal yang sedang bersantai dihadapan rumah. Fariha melabuhkan punggung di sisi Iqmal.
" Hmmm... dah siap berkemas?", usik Iqmal.
" Iqmal jahat tau! Kenapa tak cakap awal-awal pada Fariha?", marah Fariha.
" Kalau Iqmal bagitahu, Fariha akan setuju? Mesti tak kan?", kata Iqmal. Fariha akui jika Iqmal berterus terang pasti dia akan menolak sekeras-kerasnya.
" Fariha, Iqmal gembira sangat hari ni sebab Iqmal dikelilingi oleh orang-orang yang Iqmal sayang!", tiba-tiba Iqmal bersuara.
" Fariha pun sama. Thanks Iqmal! Fariha tak akan lupakan saat-saat ni ", sahut Fariha pula.
" Fariha janji dengan Iqmal, jika ada diantara kita yang terpaksa mungkir janji, Iqmal harap kita tak akan bermusuh okey?", pesan Iqmal.
" Kenapa Iqmal cakap macam ni?", soal Fariha kehairanan.
" Kita manusia sekadar merancang tapi Tuhan yang akan menetukan perjalanan kita seterusnya. Buat masa sekarang Iqmal bahagia dengan perjalanan hidup Iqmal. Iqmal ada daddy, ada mummy dan ada Fariha dalam menempuh hidup. Andai suatu hari nanti Iqmal kehilangan salah seorang dari kalian, Iqmal minta pada Tuhan agar berikan Iqmal kekuatan untuk teruskan hidup ", kata Iqmal lagi.
" Fariha janji! Fariha tak akan sia-siakan hubungan ini ", janji Fariha. Tangan Iqmal terasa panas menggenggam jemarinya. Ya Allah, berilah aku kekuatan dalan meneruskan hidup bersama orang yang kau sayang! Doa Fariha dalam hati.

No comments:

Post a Comment