Sunday 27 February 2011

Sambungan 2

Kenapa lah aku boleh terlambat bangun pagi nie?! Marah Fariha di dalam hati. Kakinya pantas melangkah menuju ke dewan kuliah. Sengaja dia tidak membenarkan Ain menunggunya tadi, binbang rakannya itu turut terlewat menghadiri kuliah Puan Anis. Biarlah dia seorang yang menanggung akibat tersebut. Dahlah jadual hari nie penuh, lepas kuliah Puan Anis, ada tutorial lagi! Fariha membebel di dalam hati.
" Aduh.....!", jerit fariha tiba-tiba. Seraya itu dia terasa sepasang tangan menyambar tubuhnya yang hampir-hampir terjatuh. Fariha terkaku seketika apabila melihat seorang lelaki sedang memeluk erat tubuhnya sehingga muka mereka hampir-hampir bersentuhan.
" Maaf.awak tak apa-apa?", satu suara mengejutkan Fariha dari lamunan. Cepat-cepat Fariha membetulkan kedudukannya dan menundukkan muka.
"Aaaa.... terima kasih. Saya tak apa-apa. Hmm... ", ayat Fariha tergantung di situ. Dia mula tidak keruan kerana teramat malu memikirkan kejadian tersebut.
" Saya minta maaf sebab langgar awak ", kata pemuda tersebut. Sambil melutut dia mula mengutip fail-fail dan buku-buku yang berterabur. Fariha yang baru tersedar turut kelam kabut mengemas barang-barangnya.
" Tak apa,  saya pun salah. Berjalan tak tengok kiri kanan. Sebenarnya saya dah terlambat nak masuk kelas, jadi berjalan pun tak tengok..... ", jelas Fariha sambil tangannya pantas mengutip fail dan buku-bukunya.
" Anyway, nama saya Rohaidi ", kata pemuda tersebut sambil menghulurkan salam.
Fariha terkedu. Tergesa-gesa dia mengatur langkah tanpa mempedulikan pemuda tersebut.  Haish, macam-macam betul la hari nie. Alamak, dah pukul 11.30! Kelas Puan Anis mesti dah habis nie! Desis Fariha dalam hati. Kakinya laju diaturkan ke arah kafeteria. Fariha ingin mengisi perut sambil menunggu Ain sebelum masuk ke kelas tutorial sebentar lagi. Telefon bimbitnya menjerit tiba-tiba. Tertera nama Ain diskrin.
" Ha, kau kat mana? Aku kat kafe, sarapan dulu jom! Ok, Ok, aku tunggu kat sini  ", jawab Fariha lalu memutuskan talian. Tangannya laju menyuapkan mihun goreng yang masih bersisa di pinggan.

______________________________________________________________________________

Dari jauh kelihatan kelibat Ain mengatur langkah ke arahnya bersama-sama dengan Salim.
" Apasal kau tak masuk kelas Puan Anis tadi? ", laju mulut Ain bertanya sebaik meletakkan barang-barangnya di meja.
" Aku terlambat, nak buat macam mana ", jawab Fariha acuh tak acuh.
" Ha, mesti malam tadi layan fb sampai pagi la nie ", usik Salim. Laju Ain menyiku Salim bimbang kejadian tempohari berulang lagi.
" Tak lah. Anyway Salim, aku nak mintak maaf pasal tempohari. Mood tak berapa ok lah ", kata Fariha sambil tersengih.
" Tak apa, aku kan memahami kaum perempuan ", jawab Salim acuh tak acuh.
" Apa yang kau faham ? ", soal Fariha lagi.
" Ye lah, kalau tengah datang bulan memang macam tue. Tengok buah hati aku nie, sentiasa cool tak kira masa. Bab tue aku sayang sangat kat Ain, kan sayang kan? ", jawab Salim lagi. Berderai ketawa Fariha dan Ain. Pantas tangan Ain mencubit lengan Fariha.
" Ye lah, kot ye pun lambat takkan sampai tak sempat nak masuk kelas Puan Anis kot. Tadi masa aku pergi kelas kan kau tengah bersiap,  tengok gaya kau hari nie rasanya tak de lah mekap macam ratu cantik. Macam selalu je, simple but nice ", soal Ain lagi. Fariha tahu pasti Ain tidak puas hati dengan jawapannnya.
" Ada masalah sikit tadi ", jawab Fariha sambil menjeling ke arah Salim yang masih tekun mendengar perbualan mereka.
" Sayang, tolong belikan air boleh tak? Ain haus la. Nescaffe ais ye?", Ain bersuara apabila perasan Fariha ingin memulakan bicara hanya untuk mereka berdua.
" Yelah, aku faham. Cerita orang  pompuan je ",rajuk Salim sambil bangun.
" Alah, jangan lah merajuk. Nanti Ain cerita kat awak ok?", pujuk Ain sambil ketawa. Salim sengaja memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
" Ha, cepat cerita!", gesa Ain.
" Tadi masa aku on the way ke kuliah Puan Anis, aku eksiden sikit ", Fariha memulakan cerita.
" Eksiden?!", terjerit Ain mendengar cerita Fariha.
" Haish, kau nie! Perlahan la sikit ", kata Fariha sambil menampar bahu Ain.
" Ok, ok..... sambung..sambung...", gesa Ain tak sabar.
" Aku eksiden sampai jadi cerita ala-ala hindustan gitu. Macam mana aku boleh tak nampak dia agaknya. Aku nyaris-nyaris jatuh,nasib baik dia sempat paut pinggang aku, kalau tak mau dah bedebuk macam nangka busuk aku tadi ", cerita Fariha?
" Choopp.... paut pinggang? Alamak, rugi-rugi....", kata Ain sambil ketawa kecil.
" Pas tue, dia punya muka ada la dalam seinci lagi nak melekat kat muka aku nie. Aduih.... aku rasa muka aku dah merah macam buah tomato dah! malu beb, malu, malu.....", jelas Fariha sambil menutup mukanya.
" Yer ker? Alamak, muka kau merah lagi laaaa.... ha..ha..ha...", Ain tiba-tiba ketawa.
" Hoii,...... jangan la ketawakan aku ", marah Fariha. Dia masih terbayangkan keadaan tersebut  hingga mukanya masih merah apabila teringat kejadian itu.
" Habis, kau tak mintak nombor telefon hero kau tue?", soal Ain lagi.
" Hotak kau nombor telefon. Nak sorok muka pun tak de tempat, ada hati lagi nak mintak nombor telefon? Aku malu kau tau tak? Kau ingat aku nie muka tembok apa?", Marah Fariha sambil ketawa kecil. Ain dah mengekek-ngekek menahan ketawa. Bimbang jika ketawanya meletus di kafe tersebut.
" Habis, hero kau tue tak cakap apa-apa ke?", soal Ain lagi.
" Hmmm.... ada dia sebut nama dia, tapi aku macam dengar tak dengar! Dia siap hulur tangan nak salam, tapi aku blah jer ", jawab Fariha acuh tak acuh.
" Haaa.... ko tak baik tau, tak sambut salam orang.Tue dah kira menjatuhkan air muka orang, tak baik tau! ", marah Ain.
" Ah... tak de masa aku nak berkenalan nie. Cover malu lagi penting tau ", getus Fariha. Ain makin galak ketawa. Salim tiba dengan dua gelas air. Serentak dengan itu terhenti ketawa Ain.
" Aik, tadi bukan main lagi ketawa, nie dah berenti. Sampai sana saya dengar awak ketawa tau ", bebel Salim.
" Alah, awak nie. Bukannya cerita apa pun, cerita______".
" Cerita orang perempuan ", potong Salim lagi. Berderai ketawa Ain dan Fariha dengan gelagat Salim. Tercengang Salim kerana terkejut dengan telatah kedua-kedua perempuan tersebut. Salim menggeleng-gelengkan kepala sambil mengukir senyum. Dia sudah masak benar dengan telatah kedua perempuan yang disayanginya itu. Seorang cinta hati, seorang teman baiknya.
" Eh. jom masuk kelas tutorial. Dah lambat nie. Dah lah nie hari fisrt, kan tak pasal-pasal glamer sebab datang lambat ", ajak Ain setelah menghabiskan air nescaffe nya.
" Jom ", sahut Salim lalu bangun dan menyandang begnya. Fariha dan Ain turut bangun dan menyertai Salim yang sudah terkedepan.

________________________________________________________________________________

Kelas masih lengang. Masih ramai pelajar lain yang belum tiba. Kelas tutorial biasanya hanya melibatkan sekumpulan pelajar sahaja. Kelas tutorial kali ini mungkin tidak ramai kerana subjek ini masih baru diperkenalkan bagi pelajar jurusan mereka. Subjek human behaviour amat menarik pada pendapat Fariha kerana dia boleh belajar tentang perangai manusia dan dalam menamatkan pengajiannya, human behaviour merupakan satu subjek yang penting sebagai seorang pengurus pelancongan.
Mata masing-masing tertumpu ke arah seorang lelaki yang melangkah masuk ke kelas mereka. Suasana kelas yang tadi hingar bingar bertukar menjadi sunyi sepi. Berderau darah Fariha tiba-tiba.
Alamak, lelaki tadi! Macam mana boleh jumpa kat sini pulak! ", Desis Fariha di dalam hati. Muka nya mula merona merah. Matanya masih kaku merenung ke arah lelaki tersebut.
" Hmmm.... nama saya En. Rohaidi. Awak semua boleh panggil saya En. Eddy untuk sesi kelas tutorial nie. Lepas waktu kelas, awak semua boleh panggil saya Eddy without Encik ok. Saya lagi senang bergaul kalau awak layan saya macam kawan-kawan ", jelas sekali suara tersebut menampar cuping telinga fariha.
" Lepas nie boleh kita pegi minum ?", usik suara nakal dari belakang.
" Boleh, habis kelas just treat me like one of your friend, ok?", jawab lelaki tersebut sambil ketawa kecil.
" Ok!', kedengaran sahutan dari separuh kelas. Kelas mula hingar dengan perbualan antara satu sama lain memuji tutor tersebut yang agak sporting.
" Ok, hari nie saya rasa macam tak ada mood nak mula tutorial lagi. Apa kata, sebelum jadi kawan kita saling mengenali antara satu sama lain, setuju?", soalnya lagi.
" Setuju! ", sahut yang lain. Fariha mula tidak tentu arah. Rasa macam mahu lari keluar tapi kakinya terasa berat. Mata lelaki tersebut atau En.Eddy sesekali menjeling ke arahnya.  Setiap kali mata mereka bertentang, pantas fariha melarikan pandangannya keluar kelas.
" Ok, cik adik kita yang berbaju biru tue pulak. Silakan ", tiba-tiba pinggangnya dicuit oleh Ain. Ah, berangan lagi aku! Marah Fariha dalam hati.
" Nama saya.... Fa.. Fariha...", jawabnya tergagap-gagap.
" Ok, cik Fariha! Nice name! Are you ok today? You look not very well! ", tiba-tiba En.Eddy merapatinya.
" Fariha, kau nie kenapa?", kata Ain separuh berbisik kepadanya.
" Ha...ha... i'm fine! ", jawab Fariha sambil terpinga-pinga.
"Are you sure?", soal En.Eddy lagi. Fariha laju mengaggukkan kepalanya. Mukanya langsung tidak diangkat.
" Ok, move  to the next person ", kata En.Eddy. Dia tersenyum puas dapat melihat gadis tersebut menggelabah. Dia akui kejadian pagi tadi sedikit sebanyak mengganggunya sewaktu ternampak kelibat gadis tersebut di dalam kelasnya. Nasib baik dia mampu mengawal keadaan. Baginya peluang kedua tidak akan dilepaskan. Pagi tadi dia betul-betul tertarik dengan renungan mata gadis tersebut. Sayangnya salam perkenalannya tidak bersambut. Fariha! Hmmm.... we'll see one day! Bisik hati kecilnya.
Sesi suaikenal terus berlangsung dengan lancar. Setiap pelajar melontar pelbagai soalan yang perlu  dijawab. Ada yang peribadi dan ada yang tidak. Namun Rohaidi semampu mungkin menjawab setiap persoalan. Sesekali matanya mencuri-curi pandang ke arah Fariha yang sentiasa menunjukkan rasa tidak selesa.
" Ok, jangan lupa kelas tutorial pada hari Khamis nie ok. I hope nobody will skip this tutorial class sebab banyak yang awak boleh dapat dari kelas ini berbanding dengan apa yang awak dapat di dalam bilik kuliah. Terima kasih semua, jumpa lagi awak semua hari Khamis ", katanya sambil tangan pantas mengemaskan buku dan begnya. Rohaidi melihat Fariha yang masih terkial-kial mengemas begnya.
"Fariha, boleh saya jumpa awak sekejap?", panggilnya. Fariha terkaku mendengar panggilan tersebut. Hatinya berdebar kencang. Tangannya pantas menarik Ain menemaninya. Hampir-hampir Ain terjatuh. Nak apa lagi mamat nie!", bentaknya di dalam hati. Perlahan-lahan kakinya menghampiri meja Rohaidi.
" Saya En.Eddy ", katanya apabila menghampiri Rohaidi.
" Just call me Eddy ok! Awak tak selesa ke dengan kelas saya?", sengaja Rohaidi mengusik gadis tersebut.
" Eh, tak lah. Mana ada! Saya ok je ", jawab Fariha resah.
" Saya nampak awak macam tak suka je saya handle kelas tutorial nie. Kalau awak tak selesa awak boleh mintak tukar kelas lain ", Rohaidi mencadangkan kepada Fariha. Dia nampak riak terkejut di wajah Fariha. Lebih-lebih lagi apabila dia disiku Ain.
" Eh.... kenapa pulak nak tukar kelas. It's okay, I'm fine with you!", jawab Fariha kegugupan.
"Anyway, nie buku awak. Sorry saya tersalah kutip tadi ", kata Rohaidi lalu menghulurkan buku yang tertera jelas nama Fariha di atasnya. Oh my God! Jerit Fariha di dalam hati.Pantas tangannya menyambar buku nota tersebut. Patutla tadi bila dia mencari buku tersebut tidak dijumpai. Ingatkan dia telah tertinggal buku tersebut di bilik asramanya.
" Ha.... buku kau...?", kata Ain terkejut sambil mulutnya ternganga.
" Dah jom...!", pintas Fariha lalu menarik tangan Ain. Laju Fariha mengatur langkah keluar kelas. Salim berlari-lari anak mengejar mereka.
" Hei, tunggu!:, jerit Salim.
" Jadi, ......dia la rupanya ", soal Ain ingin tahu.
" Dia apa?", soal Salim kehairanan.
" Eiha..... betul ke?". soal Ain lagi tidak sabar menunggu jawapan Fariha.
"Betul apa?", soal Salim lagi. Bertambah hairan dia dengan gelagat mereka berdua. "Fariha! ", Sergah Ain kegeraman apabila soalannya tidak dipedulikan oleh Fariha. Terhenti langkah Fariha.
" Ye.... puas hati?!". jawab Fariha sambil menjegilkan matanya ke arah Ain yang mula menarik minat pelajar lain.
" Wah.... tak sangka aku. Bertuahnya badan kau.... kalau aku mesti dah terjatuh cinta.... hahaha....", jawab Ain lalu menarik Fariha ke arah bangku rehat yang terdapat di sepanjang lalun kolej tersebut. Fariha hanya mengikut arah Ain. Dia melabuhkan punggungnya ke atas bangku tersebut. Salim berlari-lari anak dan melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Ain.
" Ha....jatuh cinta dengan sapa pulak nie? Saya nie awak nak letak mana?", marah Salim. Fariha hanya mengukir senyum.
" Haish, awak nie. Ain cakap Fariha lah... bukan Ain. Ain kan dah ada Salim, buat apa nak cari yang lain lagi. Ain sayang Salim sorang je!', pujuk Ain.
" Habis Eiha nie jatuh cinta kat sapa pulak ?", soal Salim kebingungan.
" Bila masa pulak aku jatuh cinta?", Bentak Fariha.
" Habis, Ain cakap ", jawab Salim jujur. Ain dan Fariha ketawa kecil.
" Ah... malas la kawan ngan korang ", rajuk Salim.
" Ish dia nie..... pagi tadi Fariha tereksiden dengan lelaki macho. Ada lah adegan ala-ala hindustan skit. Rupa-rupanya hero tue adalah..... En.Eddy kita ! ", terang Ain panjang lebar sambil ketawa mengejeknya.
" La..... patutla aku tengok En.Eddy tue tak sudah-sudah asyik pandang Eiha tadi. Tenung semacam je....", jawab Salim sambil mengangguk tanda faham.
" Aku pun tak tahu dia akan ajar kelas tutorial kita. Malu aku tadi beb. Lagi-lagi bila dia panggil aku tadi. Ingatkan nak cakap apa, last-last nak pulangkan buku aku rupanya. Tanya konon aku tak selesa dia mengajar la, suruh aku tukar kelas la....", bebel Fariha lagi.
" Alah dia saja nak test kau tue, nak tengok kau nak tak tukar kelas. Kalu kau jawab nak tadi mesti dia frust gila ", seloroh Ain.
" Ha... ketawa puas-puas!", sergah Fariha geram.
" Alah jangan la marah. Sampai bila kau nak membujang. Ni lah masanya, dah ada yang berminat kau sapu je lah ", gesa Ain.
" Aku setuju! Nanti boleh lah kau mintak tolong dia bagi markah lebih untuk kita waktu tutorial ", sokong Salim.
" Banyak lah korang punya cantik! Aku belum desperate ok!", dengus Fariha.
" Ok, ok. kami gurau je lah!", pujuk Ain.
" Tapi aku tengok En.Eddy tue ok apa. Boleh tahan orangnya. Tak de lah buruk sangat", tambah Salim pula.
" Betul tue. Aku sokong!', sahut Ain pula. Memang Fariha akui Rohaidi agak menarik dipandang. Susuk tubuh yang agak sasa amat sesuai dengan pemakaian santainya petang tadi. Hmmm..... nice person to explore! Bisik hati Fariha.

No comments:

Post a Comment