Wednesday 23 February 2011

sambungan.....

Accept! Sepantas hatinya yang berdetik jarinya laju menekan butang tersebut. Serentak itu juga hati Fariha berdegup kencang. Terus dia mematikan laman sosialnya itu. Hatinya tertanya-tanya apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil. Fariha tidak mahu cerita lama berulang kembali. Sebaiknya biarlah sejarah itu terus menjadi kenangan.
_________________________________________________________________________________

"Fariha?", tegur satu suara. Fariha menoleh ke arah suara tersebut. Terpandang dia pada sesusuk tubuh yang berdiri tegak disebelahnya.
" Ya, saya!', dia menjawab dengan nada yang berbaur cemas dan resah. Terasa seolah-olah peluh-peluh kecil mula memercik keluar dari seluruh tubuhnya. Suhu badannya mula rasa tidak menentu. Fariha menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari sesiapa yang dikenali tetapi gagal. Cuma dari kejauhan dia melihat lambaian dan senyuman nakal dari rakan baiknya Lela yang sedang berdiri dari blok bilik darjah bersebelahan. Kurang asam punya budak! Getus Fariha di dalam hati. Nanti kau, kalau dapat aku cubit-cubit kau! Marahnya di dalam hati.
" Kenapa Iqmal rasa Fariha macam cuba nak mengelak dari berjumpa dengan Iqmal sekarang? ", Iqmal memulakan bicara.
" Eh, mana ada? ", Fariha mula menyusun ayat untuk menyelamatkan diri. Memang dia akui, seboleh-bolehnya dia tidak mahu terjebak dengan penyakit cinta yang melanda teman-temannya yang lain. Kalau boleh biarlah dia menumpukan perhatian dengan pelajaran dahulu.
" Sejak balik dari perkhemahan tempohari, tiap kali kita terserempak Iqmal nampak Fariha macam nak lari je dari Iqmal, kenapa ye? Iqmal ada buat salah pada Fariha? ", lagi soalan meluncur laju dari mulut Iqmal.
" Eh, tak ada lah. Fariha macam biasa je. Iqmal tak ada buat salah apa pun ", jawab Fariha tanpa mengangkat mukanya. Sebenarnya Fariha rimas dan malu apabila cerita keakrabannya dengan Iqmal mula menjadi buah mulut dikalangan pelajar senior dan teman-teman setingkatannya. Sememangnya Fariha dikenali sebagai seorang yang anti couple, tetapi bila cerita tersebut tersebar sedikit sebanyak pelajar lelaki mula memandang dia dengan pandangan yang berbeza. Mungkin itu perasaannya sahaja atau hakikat dia sendiri tidak pasti.
" Atau fariha dah tak sudi berkawan dengan Iqmal? ", Soal Iqmal lagi. Aduh, macamana nak jawab nie! Desisnya dalam hati.
" Bukan, bukan tue maksud Fariha. Sebenarnya, Fariha malu dan segan bila cerita kita kat perkhemahan tempohari dah mula jadi buah mulut kakak dan abang senior lain. Fariha nie kan junior, nanti apa pulak kata kakak senior yang lain. Yelah, lebih-lebih lagi kalau yang ada menaruh hati kat Iqmal, tak pasal-pasal Fariha jugak yang kena", jawab Fariha jujur dan walaupun sambil menyindir.
" Kenapa pulak Fariha nak segan. Cerita tue memang betulkan? Atau Iqmal je yang bertepuk sebelah tangan?", Soal Iqmal lagi.
" Ha, apa maksud Iqmal bertepuk sebelah tangan. Jangan cakap denga fariha yng Iqmal ......". ayat fariha mati di situ. Dia keliru dengan pertanyaan Iqmal.
" Iyala, adakah kemesraan kita tempohari sekadar mainan Fariha?", tanya Iqmal lagi. Jelas diraut wajahnya ada sedikit kekecewaan.
" Mainan? Maksud Iqmal? ", ulang Fariha.
" Fariha suka kat Iqmal tak?", soal Iqmal terus-terang.
Alamak, mamat nie tak ada sorok-sorok! Apa nak jawab ni? Bentak Fariha dalam hati.
" Suka, tapi sebagai kawan dan sebagai seorang senior ",jawab Fariha lagi.
" Itu aje?", Kata Iqmal
" Yup, tu aje ", jawab Fariha
" Betul?".
" Betul !", tegas Fariha.
" Ok, sekurang-kurangnya Iqmal dah dapat jawapan kepada soalan Iqmal selama ini. Tapi Iqmal nak Fariha dengar apa yang Iqmal nak cakap nie ", kata Iqmal dengan nada perlahan. Jelas terpancar cahaya kekecewaan di matanya.
" Sebenarnya dah lama Iqmal perhatikan Fariha. Iqmal tengok Fariha seorang yang survivor. Iqmal suka cara Fariha, kalau kena buat kerja, Fariha lebih suka usaha sendiri daripada minta tolong abang senior walaupun sebenarnya kalau Fariha buka mulut berbaris abang senior yang nak tolong awak tu. Lagi satu yang Iqmal suka, Fariha seorang yang suka terus - terang. Kalau tak suka sesuatu, Fariha terus sound je tak ada nak simpan-simpan. Semuanya tu makin jelas semasa perkhemahan tempohari ", terang Iqmal.
" Alah, benda boleh buat sendiri tak payah lah nak susahkan orang lain ", jawab Fariha acuh tak acuh.
" Boleh tak kalau Iqmal nak berkawan lebih rapat dengan Fariha?", Iqmal mula menyusun ayat.
" Lebih rapat? Maksudnya?", soal Fariha.
" Ya, lebih rapat. Iqmal nak tahu semua pasal fariha samada yang personal atau pun tak. Yang penting semuanya Fariha kena cerita pada Iqmal. Tak nak sorok-sorok, boleh? ", soal Iqmal kembali.
Kenapa la aku buat-buat tak faham soalan tadi! Marah Fariha dalam hati. Fariha mula rasa serba tak kena. Punggungnya di kerusi mula terasa panas.
" Chopp, chopp! Macam ni lah. Fariha boleh terima Iqmal sebagai kawan yang lebih rapat tapi dengan syarat, Iqmal tak boleh nak kontrol aktiviti Fariha, boleh? ",Fariha mula main tarik tali.
"Iqmal faham, tapi Iqmal nak Fariha ada komitmen dengan hubungan kita boleh? Lebih serius dan bertanggungjawab. Iqmal tak nak Fariha buat tak peduli dengan Iqmal lagi. I won't intterupt your life, but i want you to be more sensitive when you with me, can you?", Iqmal mula menyusun kata penuh harapn.
" Alamak, nie yang Fariha tak berapa nak suka. Kita kawan macam biasa je boleh? Fariha belum sedia nak ada komitmen dengan sesiapa la, buat masa nie komitmen Fariha cuma dengan pelajaran ", keluh Fariha. Fariha memang tidak suka terikat dengan sesiapa. Biarlah orang kata dia hati batu, yang dia tahu dia perlu tumpukan perhatian pada pelajaran. Janjinya denga mama dan abah lebih penting buat masa ini.
" Iqmal tahu, pelajaran tetap nombor satu, tapi Iqmal tak nak satu hari nanti Iqmal terlepas Fariha pada orang lain. Bolehkan? ", Pujuk Iqmal.
" Baiklah, tapi janji satu perkara dengan Fariha. Tak perlu jumpa Fariha waktu sekolah kalau tak ada perkara penting nak cakap. Kalau ada apa-apa nak bagitahu just give me a note or what ever yang sesuai selain dari berdating, ok?", Fariha mula mengalah. Apa salahnya dia cuba mengenali Iqmal dahulu sebelum betul-betul membuat keputusan. Iqmal pun bukannya pelajar yang suka buat masalah. Pada pendapat dia Iqmal hanya seorang lelaki yang sedap mata memandang walaupun tak sekacak mana.
" Ok, Iqmal janji. Iqmal pun nak ariha janji dengan Iqmal satu perkara ", suara Iqmal mula riang kedengaran.
" Apa dia?", soal Fariha.
" Fariha tak akan berahsia dengan Iqmal lagi lepas nie, ok?", kata Iqmal.
" Ok, Fariha janji ", jawab fariha.
" Kalau ada orang lain ngorat Fariha sekalipun, Fariha akan cerita dengan Iqmal,ok?", tambah Iqmal lagi sambil tersenyum.
Fariha menjeling tajam dengan geram. Mereka terus berbual tanpa menyedari masa yang berlalu.

"Kau belum tidur Eiha?", tiba-tiba satu suara menampar cuping telinganya.  Fariha pantas menoleh. Dia nampak Ain sedang menggosok-gosok matanya. Sapaan Ain telah mengembalikannya ke dunia yang nyata. Berangan rupanya aku! Bisiknya dalam hati.
" Belum, tengah berangan sekejap ", sahut Fariha.
" Berangankan cik abang ke? Sudah-sudah lah, cerita dah lapuk. Entah-entah orang tu dah kawin. Anak dia pun silap-silap dah macam anak tangga ", kata Ain lagi.
" Mana ada, pandai je kau ni Ain. Aku teringatkan mama dan abah aku. Time kepala tengah semak  ni lah mula nak rindukan orang tua", jawab Fariha berselindung. Dia akui, Ain lah segala-gala untuknya. Kalau bukan kerana Ain seorang pendengar yang setia, dah lama semester pertamanya terkandas separuh jalan.
" Dah lah, tidur je la. Dah lewat ni. Esok kuliah En Naim pukul 8.00. Kalau lambat masuk kuliah dia tak pasal-pasal kena dengar usrah pagi nanti ", kata Ain sambil kembali merebahkan badannya di katil.
" Yelah, aku tidurlah ", jawab Fariha lalu menutup laptopnya.

2 comments:

  1. FARIHA: menjiwai perasaan seorang yang bernama pelajar...semakin kak ayu rindu dengan kenangan lama...

    IQBAL: besar harapan lelaki ini....namun kasih dibangku sekolah ada kalanya sukar nak diertikan..lagi2 kisah cinta yang digelar cinta monyet

    kepada penulis............olahan anda membuatkan diri ini semakin suka dengan karyamu...teruskan lagi penulisanmu.....

    ReplyDelete
  2. terima kasih k.ayu di atas kesudian k.ayu mengikuti perkembangan cerita nie...

    kata-kata k.ayu akan digunakan sebagai semangat untuk terus menulis....

    ReplyDelete